61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri

61 klien AADK terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri

AADK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menyerahkan sumbangan barang keperluan kepada 61 klien mereka sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang. 

Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertujuan meringankan beban mereka sekali gus menyemarak suasana Ramadan serta Syawal kepada klien dalam komuniti AADK.

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata, acara tersebut adalah program tahunan yang diusahakan AADK bagi membantu klien yang kurang bernasib baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong kepulihan klien AADK yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan ia berada di bawah komponen sokongan sosial.

“Melalui program sebegini, kami berupaya mengeratkan hubungan antara AADK dengan klien serta keluarga klien yang menjadi kumpulan sokongan utama dalam usaha kepulihan sepanjang hayat,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK sempena Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daareh Kuala Selangor.

Menerusi program itu, pelbagai aktiviti di bawah komponen psikospiritual diadakan bersama klien dan keluarga mereka seperti Khatam al-Quran, ceramah Ramadan, solat fardu dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, pelaksanaan program itu juga untuk meningkatkan kefahaman klien tentang aspek psikospiritual sebagai terapi kepada asas kepulihan.

“Dengan adanya program ini, kita percaya dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif dan tingkah laku yang sering terganggu akibat masalah penagihan,” jelasnya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini