Tidak gelap mata, Nabil tolak tawaran jenama baju ratusan ribu - Utusan Malaysia

Tidak gelap mata, Nabil tolak tawaran jenama baju ratusan ribu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad, mendedahkan pernah menolak tawaran mencecah ratusan ribu ringgit untuk menjadi duta sebuah jenama pakaian terkenal.

Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 40, enggan bergelap mata sebaliknya kekal setia dengan jenama pakaian Jakel untuk tahun kesembilan.

“Jenama itu menghubungi saya dan menawarkan menjadi duta pakaian mereka. Mereka sanggup membayar dua hingga tiga kali ganda daripada bayaran yang diberikan Jakel.

“Untuk saya ia nampak macam nak berlawan dengan jenama itu, mereka bukan ikhlas nak saya. Mereka ingat dengan duit mereka boleh beli saya. Saya bukan untuk dijual beli,” katanya.

Nabil ditemui di majlis sidang media Raya Sakan bersama Jakel dan pelancaran drama pendek raya di Jakel Mall, di sini, hari ini.

Menurut Nabil, dia tidak memandang wang ringgit semata-mata sebaliknya lebih melihat kepada kesetiaan.

“Saya tidak menyesal tolak tawaran itu, duit bukan segalanya kerana yang lebih penting ialah kesetiaan.

“Mungkin segelintir orang akan gelap mata dengan jumlah itu. Tapi mengenangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dulu, Jakel satu-satu yang membantu saya.

“Mereka wujudkan perkerjaan untuk saya, buat video. Jadi saya ingat semua jasa itu,”
katanya.

Bukan itu sahaja, tegas Nabil dia selesa dengan jenama Jakel namun faham sekiranya rakan artis memilih untuk mempromosikan jenama lain.

“Sembilan tahun ini mereka siapkan baju raya keluarga saya. Jika ada rakan-rakan mahu promosikan jenama lain terpulang kepada mereka. Mungkin mereka dapat rezeki yang lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN