Tamak ambil job tapi malas pula buat rebiu - Utusan Malaysia

Tamak ambil job tapi malas pula buat rebiu

Successful businessman with money. Financial success retro pop art vector illustration
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENTAH apalah masalah artis lelaki yang seorang ini. Boleh saja Cik Bunga nak sebut namanya, tetapi itulah, kita beri muka lagilah pada dia ya.

Bukan apa, ramai juga pihak tertentu yang merungut dengan sikap artis ini yang dikatakan tak buat kerja kalau ambil job rebiu.

Masa nak ambil itu, bukan main bermanis mulut, siap suruh bayar dulu baru dia akan buat kerja.

Tetapi bila bayaran sudah dibuat, dia pula lama senyap tak buat apaapa. Rebiu yang dijanjikan pun tak ada terpampang di media sosial atau di mana-mana platform yang sepatutnya.

Dengar cerita, si artis ini memang dah lama buat perangai macam ini. Pelik, bila dia buat macam ini, sebab bukankah hanya akan merugikan dan merosakkan nama baik dia sendiri?

Sebab, Cik Bunga dapat tahu, antara jenama-jenama yang bekerjasama dengannya itu pun bukan calang-calang.

Nama-nama besar juga. Aduhai, kenapalah buat begitu ya. Kalau tak boleh buat, jangan tamak ambil semua ‘job’ macam tiada hari esok.

Bila tiba masa untuk buat, tak buat-buat pula. Duit bayaran sudah diambil, tak rasa bersalahkah?

Pun begitu, Cik Bunga dengar, kerana sikapnya begitu, ada yang dah mula angkat kaki darinya, tak nak dah bekerjasama dengannya sebab mahu elak masalah.

Iyalah, kalau dah ada rekod begitu, siapa yang larat nak layan ye tak? Eh, ubah-ubahlah sikap itu.

Tak semua orang nak layan kerenah awak walaupun awak konon-konon berstatus VIP. Orang tetap akan tengok hasil kerja juga, bukan setakat nak tengok awak ada status. Lambat lagi…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya