KANGAR: Perlis menyasarkan lebih 10 kilauan pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini. Antara sukan yang dilihat menjadi prospek pingat emas buat kontinjen negeri ini antaranya seperti silat, taekwando, berbasikal, pentanque, boling padang dan beberapa lagi. Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua atlet yang bakal mewakili negeri ini perlu berusaha lebih keras dalam…