PETALING JAYA: Subsidi tepung gandum kegunaan am telah ditamatkan sejak Jun 2022 berikutan tiada syarikat pengeluar mahu membekalkan tepung mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pengeluaran tepung bersubsidi juga tidak dapat diteruskan berikutan pengilang tidak mampu untuk mengeluarkan tepung bersubsidi pada harga kawalan RM1.45 per kilogram. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tiada tuntutan subsidi dibuat oleh syarikat-syarikat pengeluar bermula bulan…