TAPAH: Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada awal bulan ini daripada enam kepada lapan peratus tidak begitu menjejaskan golongan M40 dan B40. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini kerana kenaikan cukai itu terkecuali kepada perkara kritikal yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti makanan, minuman, parkir dan telekomunikasi. “Perkhidmatan air dikecualikan SST sejak dahulu lagi, sementara pengguna elektrik pula bawah 600 Kilowatt-jam (kWj) tidak dikenakan cukai…