Amir Hamzah jalan tugas, fungsi Menteri Ekonomi

Amir Hamzah jalan tugas, fungsi Menteri Ekonomi

CUKAI
AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Jemaah Menteri bersetuju terhadap keputusan itu ketika bersidang pada 25 Jun lalu.

“Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai depan.

“Ia dengan mengambil kira maklumat tambahan yang dikemukakan oleh kementerian-kementerian serta pandangan dan ulasan yang diberikan oleh Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun lalu dan akan menghabiskan cuti tahunan.

Selain itu, Nik Nazmi mengumumkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai depan di mana sedang bercuti hingga 3 Julai.

Sebelum ini, Anwar telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi dan bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu dilaporkan membuat keputusan tersebut selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN