Bangunkan aplikasi tempatan guna data pengangkutan awam

Bangunkan aplikasi tempatan guna data pengangkutan awam

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangunan aplikasi tempatan berasaskan data pengangkutan awam terbuka untuk kegunaan orang ramai amat digalakkan, susulan larangan penggunaan aplikasi navigasi ‘Waze’ bagi penjawat awam yang berkuat kuasa semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian telah mengamalkan dasar data terbuka sejak beberapa tahun lalu, khususnya membabitkan data berkaitan pengangkutan awam.

“Dari segi data, kita lebih kepada data awam dan perkara ini memang sejak beberapa tahun lalu mengamalkan dasar data terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Data terbuka dari segi jumlah penumpang, kekerapan, perjalanan tren dan sebagainya memang boleh diakses oleh mana-mana pihak yang mahu membina aplikasi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada Kementerian Pengangkutan akan memberi sokongan terhadap aplikasi tempatan susulan isu keselamatan berkaitan Waze.

Anthony berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mempunyai sejumlah besar data berkaitan operasi pengangkutan awam yang boleh dimanfaatkan orang ramai termasuk pembangun aplikasi.

Katanya, keterbukaan data memberi ruang kepada pihak yang berminat membangunkan aplikasi pengangkutan awam dengan menggunakan maklumat yang telah disediakan kepada umum.

“Jadi, sesiapa sahaja yang mahu membangunkan aplikasi pengangkutan awam boleh memanfaatkannya,” katanya.

Menurutnya, antara data yang dibuka kepada umum termasuk jumlah penumpang harian, kekerapan perjalanan tren, jadual waktu dan masa perjalanan.

“Dari segi jumlah penumpang harian, data kekerapan tren, jadual waktu, masa dan sebagainya semuanya dibuka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini