KUCHING: Sarawak akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dan bersedia memberikan bantuan dalam melaksanakan pembangunan di ibu kota baharunya, Nusantara. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia sejajar dengan cadangan negara republik itu untuk mengembangkan lagi pembangunan tenaga hidronya. “Sebenarnya kita sudah ada jalinan kerjasama dengan Indonesia. Malah kita (Sarawak) memiliki 25 peratus pegangan saham dalam pembangunan hidro, menerusi penyertaan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam projek Empangan…