Ponderosa tawar ‘night golfing’, pakej menarik Ramadan

Ponderosa tawar ‘night golfing’, pakej menarik Ramadan

LUBANG satu par 4 dengan hamparan rumput Zoyzia yang menghijau membangkitkan semangat pemain golf ketika beraksi di PGCC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRUI: Johor memiliki kira-kira 20 padang golf dan lebih separuh daripadanya dikategorikan sebagai padang golf yang mempunyai standard dan menepati cita rasa pemain golf dalam dan luar negara.

Antara padang golf yang sering menjadi pilihan kaki-kaki golf ialah Ponderosa Golf & Country Club (PGCC), Johor Bahru.

Memiliki 18 lubang, par 72, hasil rekaan semula oleh Ronald Warren Fream, seorang arkitek padang golf Amerika terkenal, meletakkan PGCC sebuah kelab golf yang harus disinggahi oleh para pemain golf jika datang ke Johor.

SEHINGGA kini PGCC masih mengekalkan permainan golf pada waktu malam (night golfing).

Dengan hamparan rumput Zoyzia di tee box dan fairway serta rumput Tifdwarf Bermuda di green dengan kelajuan 9 hingga mampu mencecah 10 stimpmeter, memberi kepuasan kepada pemain golf yang beraksi di sini.

Dengan bentuk muka bumi yang agak berbukit menjadikan PGCC sebagai sebuah padang golf yang mempunyai karakter dan cabarannya tersendiri yang sedia menguji kebolehan pemain untuk mencipta birdie atau par pada setiap lubang dan green yang berbeza.

BUNKER diletakkan bersebelahan green bagi memerangkap pukulan pemain yang tersasar dari permukaan green.

PGCC meletakkan lubang tujuh dan 16 sebagai ‘signature holes’ untuk memberi lebih impak kepada setiap pemain sama ada mampu mencipta birdie atau par, atau mungkin merekod catatan bogey, double bogey atau triple bogey.

Pemain tidak hanya beraksi untuk merasai cabaran dan mencatat berapa jumlah pukulan, malah mereka yang beraksi di PGCC ini juga ditenangkan dengan pemandangan hijau tropika yang subur.

Boleh dikatakan setiap hari PGCC dikunjungi ramai pemain golf terutama yang datang dari luar Johor seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, malah dari negara sebelah Utara dan Pantai Timur pun ada.

GREEN dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 10 stimpmeter memberi kepuasan kepada pemain.

PGCC juga turut menerima kedatangan pemain dari luar negara seperti Australia, Korea, Jepun, Taiwan, Batam, Singapura dan lain-lain.

Apa yang menarik di PGCC ialah pihaknya masih mengekalkan permainan golf pada waktu malam yang mana sambutannya juga tidak mengecewakan.

Bagi mereka yang ingin bermain golf pada waktu malam (night golfing), pendaftaran harus dilakukan selewat-lewatnya pada pukul 4.30 petang.

Mengenai persiapan Ramadan, PGCC juga menyedia dan menawarkan pakej menarik bermain golf dan berbuka puasa.

PGCC memberikan potongan harga sebanyak hampir 30 peratus kepada pemain (satu flight) sepanjang Ramadan bermula 14 Mac sehingga 17 April.

Mereka yang berminat untuk bermain golf atau berbuka puasa di PGCC, boleh hubungi talian +6019-7799841. – UTUSAN

INFO 

PROMOSI RAMADAN & GOLF

– RM690 (1 flight)

– Booking (+6019-7900501)

BUFFET WARISAN LAGENDA

– Dewasa RM88

– Kanak-kanak RM48

– Warga Emas RM68

HARGA BIASA GOLF

Harga golf termasuk buggy, green fee dan insurans:

– Isnin – Jumaat RM140.00++

– Sabtu (Pagi/Petang) & Ahad (Pagi) RM270.00++

– Ahad (Petang) RM180.00++

KEMUDAHAN

– 18 lubang

– Golf malam (Night golfing) Khamis & Jumaat

– Tee off 6:30 pagi (Sabtu)

– The lodge

– Kolam renang bersaiz Olimpik

– Gimnasium

– Gelanggang Tennis

– Driving range

– Putting green

– Dewan Serbaguna

– Cafe@Golfer Terrace

– Jimmylicious (Coffee Shop)

– Double eagle (Bar)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×