Pendaki solo jejak kaki di tasik tertinggi dunia

Pendaki solo jejak kaki di tasik tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEPAL: Ibadah puasa dan cuaca sejuk  sehingga -18 darjah Celcius tidak mematahkan semangat Pendaki Solo (Junior),  Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor menjejak kaki ke  Tilicho Lake yang tertinggi dunia iaitu 4,919 meter pada 14 Mac lalu.

Beliau menjejakkan kaki ke Tilicho Lake dalam  misi menjalani latihan penyesuaian diri di kawasan  gunung bersalji di tengah Banjaran Himalaya sebelum menyertai  Misi Everest 2025 di Nepal dari 10 hingga 25 Mac ini.

Misi Everest 2025 adalah anjuran Jejak Pensolo dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, FSR, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Pertubuhan Nadi Sihat dan Diem Duroil.

Syahrulnizam  memulakan pendakian  pada 13 Mac lalu bermula dari Khangsar, dengan paras ketinggian 3,756 meter sebelum menjejak kaki ke  Tilicho Lake Base Camp setinggi 4,160 meter.

Keesokkan hari beliau bergerak naik dan turun ke Tilicho Lake dalam keadaan yang bersalji selama tujuh jam.

Pada 15 Mac, Syahrulnizam  meninggalkan Tilicho Base Camp dan menyambung pendakian  ke Yak Kharka dengan perjalanan lapan  jam.

Selepas membuat penyesuaian diri di Thorong La Phedi setinggi 4,450 meter, pendakian diteruskan ke Thorong La Pass setinggi 5,416 meter sekiranya cuaca baik.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN