PBT jangan tekan peniaga dengan naikkan sewa bazar Ramadan 

PBT jangan tekan peniaga dengan naikkan sewa bazar Ramadan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menekan peniaga bazar Ramadan dengan meletakkan kos sewa tapak yang mahal. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PBT tidak sepatutnya  menaikkan kadar sewa tapak bazar  dengan sewenang-wenangnya. 

“Kalau secara spesifik soal bazar Ramadan yang saya  lawati di empat lima tempat, pertamanya kos sewa itu terlalu tinggi

“Jadi kita telah memberikan arahan, kalau kos itu yang dikendalikan oleh majlis perbandaran, jangan ‘tekan’ (sewa) dalam keadaan sekarang,” kata beliau pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta kerajaan menjelaskan mengenai  impak kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak 1 Mac  menyebabkan rungutan peniaga bazar Ramadan yang mendakwa mereka kerugian dan tidak dapat membayar kos sewa tapak.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, selain kos sewa tapak yang tinggi, sebahagian PBT turut menyerahkan pengendaliannya kepada ejen-ejen, sekali gus harga tapak menjadi mahal. 

“Akhirnya, penyewa tidak menyewa secara langsung daripada Majlis Perbandaran. Jadi kos (sewa itu) meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN