PASUKAN Muda FC muncul juara pertandingan bola sepak bawah umur 19 tahun merebut Piala Tok Mat di Pontian, Johor baru-baru ini.
Dalam aksi final di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Benut, kelab kendalian Mohd. Fauzi Abdul Rahman menewaskan Spark FC dengan keputusan 2-1.
Kejayaan itu membolehkan Muda FC membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, Spark FC meraih RM2,000 dan tempat ketiga disandang bersama oleh Galatika FC dan Solid FC dengan masing-masing menerima RM1,500.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya. –UTUSAN









