Kek, kuih laris dalam masa tiga jam

Kek, kuih laris dalam masa tiga jam

NOR Aqilah Aimi Mohd. Nor menunjukkan antara kek yang laris dijual di Bazar Ramadan Taman Universiti, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas penuntut Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) membuktikan bidang kulinari yang dipelajarinya mampu memberi pendapatan lumayan.

Pemegang Diploma Kulinari, Nor Aqilah Aimi Mohd. Nor, 26, berkata, setiap usaha yang dilakukan memerlukan kecekalan yang tinggi untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Sempena Ramadan kali ini, dia yang membuka gerai di Bazar Ramadan Taman Universiti menjual 15 jenis kek dan roti yang dibuatnya sendiri dengan dibantu bapanya, Mohd. Nor Yusof yang merupakan seorang bekas chef di sebuah hotel.

“Hasil tunjuk ajar ayah dan apa yang saya pelajari di kolej selama tiga tahun, saya membuka sebuah kedai kek, Caviesta Bakery di Taman Sri Skudai.

“Sepanjang Ramadan kedai ditutup buat sementara waktu bagi memberi tumpuan terhadap Bazar Ramadan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kerja-kerja membuat kek bermula seawal 7 pagi dan dijual di bazar Ramadan kira-kira 3 petang.

Menurut Nor Aqilah Aimi, setiap hari semua kek dan kuih sebanyak 800 biji habis dijual dalam masa tiga jam.

Anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, empat potong kek atau roti dijual pada harga RM6. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN