Jualan tikar laris di bulan Ramadan

Jualan tikar laris di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Trend berbuka puasa di kawasan lapang dan riadah yang semakin popular memberi tempias positif kepada peniaga tikar di bazar Ramadan Shahbandar di sini.

Rozita Salleh, 35, berkata, ketika mula menjual produk itu lapan tahun lalu, hanya dia seorang  peniaga tikar di bazar Ramadan ini, namun jumlahnya meningkat kepada lima peniaga pada masa sekarang.

“Dulu hanya remaja atau individu yang masih bujang suka berbuka puasa di tepi pantai atau sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, sejak akhir-akhir ini ia menjadi trend turut melibatkan kumpulan keluarga yang besar, rakan sepejabat dan persatuan atau komuniti setempat.

“Seiring perkembangan itu, tikar turut menjadi tumpuan pengunjung di bazar Ramadan dan tikar juga adalah sumber rezeki saya sepanjang Ramadan kerana ia laris bagaikan pisang goreng  panas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tikar yang dijualnya berharga antara RM10 hingga RM20 bergantung kepada saiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini