Tonto kawal sungai untuk bawa masuk pendatang asing - Utusan Malaysia

Tonto kawal sungai untuk bawa masuk pendatang asing

BOT PPM menjalankan rondaan untuk mengesan kemasukan Pati di pesisir Sungai Kelantan hari ini.- UTUSAN / ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kehadiran tonto di kawasan sungai dan darat antara menjadi kekangan serta cabaran pihak berkuasa berhubung aktiviti penyelundupan pendatang tanpa izin (PATI) masuk ke negeri ini dengan melalui jalan air.

Komander PPM Wilayah 3, Asisten Komisioner, Mohd. Khairuddin Jamal berkata, pihaknya bagaimanapun yakin dengan kekuatan semangat daripada pegawai dan anggota aktiviti tersebut dapat dilumpuhkan pada masa akan datang.

Katanya, pihaknya akan berbincang untuk mendapatkan aset-aset bantuan yang lebih sesuai digunakan dalam operasi di kawasan sungai, kerana aset sedia ada hanya untuk kegunaan di laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak nafikan tonto ada di mana-mana untuk memerhati pasukan menjalankan tugas sama ada waktu pagi, petang atau malam.

“Sebagai agensi penguatkuasa langkah sewajarnya sentiasa diambil untuk membanteras kegiatan kemasukan Pati sama ada melalui pesisir sungai atau sebagainya,” katanya ketika ditemui di Jeti Kastam di sini hari ini selepas meninjau kawasan pesisir Sungai Kelantan.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, bagi jangka masa pendek semua aset-aset dari Tok Bali, Pasir Puteh akan membantu melaksanakan operasi selama 24 jam di kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat dan di kawasan Sungai Kelantan

Katanya, sehubungan itu masyarakat yang berada di pesisir sungai dan pantai supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan.

Sementara itu, beliau memberitahu untuk Monsun Timur Laut (MTL) kemungkinan sindiket penyeludupan mengambil peluang menjalankan aktiviti mereka kerana menyangkakan PPM
menumpukan dalam operasi penugasan pemindahan dan menyelamat mangsa.

“Pasukan kita tetap menjalankan tugas dalam menangan kesi jenayah penyeludupan yang berlaku di perairan atau sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini