Sembilan penjaja Indonesia dicekup di bazar Ramadan

Sembilan penjaja Indonesia dicekup di bazar Ramadan

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan sembilan warga Indonesia kerana menjaja di Bazar Ramadan sekitar Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sembilan warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor kerana menjaja di bazar Ramadan sekitar daerah ini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan enam wanita berusia antara 21 hingga 48 tahun.

Katanya, mereka dipercayai menjalankan aktiviti menjaja pelbagai makanan tanpa dokumen perjalanan dan kebenaran yang sah.

“Mereka tidak memiliki dokumen sah sekali gus melanggar peruntukan undang-undang Imigresen.

“Selain itu, kami turut mengeluarkan dua keping notis kepada saksi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua yang ditahan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka kini ditempatkan di Depoh Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya sambil memberitahu pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN