Bufet 25 malam, Zai Sri Gemilang tawar 100 sajian

Bufet 25 malam, Zai Sri Gemilang tawar 100 sajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEBIH 100 sajian bertemakan citarasa Arab diketengahkan oleh syarikat katering, Zai Sri Gemilang sempena bufet Ramadan tahun ini.

Pakej berbuka puasa berkonsepkan ‘Bufet 25 Malam’ ini sudah dianjurkan buat tahun ketiga di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.

Meskipun sudah berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang, Datin Zaiton Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat menitikberatkan kepentingan penyediaan sajian berkualiti dan bersih.

“Kata orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya.

“Saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata-kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.

“Aspek penyediaaan sajian berkualiti yang sedap dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali. Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Arab ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekaligus memberikan ‘rasa’ kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami,” katanya.

Antara hidangan wajib dicuba adalah nasi arab kambing sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus, selain shawarma dan daging tetel gulai kawah.

Zai Sri Gemilang turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti nasi minyak, kambing bakar, daging masak hitam, ikan dory masam manis, sup soto tulang kambing madura, soto ayam, mi kari nyonya, bubur lambuk, char kuetiau, mi goreng mamak dan beraneka pasta.

Pelbagai gerai makanan beraneka pilihan seperti ulam-ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, martabak, roti jala, roti john, kuih-muih, puding, aiskrim, buah-buahan dan minuman.

‘Bufet 25 Malam’ bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan Inteam yang diundang khas bagi menghiburkan tetamu pada hujung minggu.

Lokasi ini mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan tempat letak kereta dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat.

Nama promosi: Bufet 25 malam oleh Zai Sri Gemilang di Urban Park Hall, Alam Impian.

Tarikh: 14 Mac hingga 7 April 2024

Waktu Operasi: 6 petang hingga 9.30 malam

Harga: RM108 (dewasa hari biasa), RM118 (dewasa hujung minggu) dan RM68 (warga emas dan kanak-kanak)

10 menu mesti cuba: Nasi minyak, kambing bakar, daging masak hitam, ikan dory masam manis, sup soto tulang kambing madura, soto ayam, mi kari nyonya, bubur lambuk, char kuetiau dan daging tetel gulai kawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×