Ada individu lain daftar PADU guna Mykad milik KJ? 

Ada individu lain  daftar PADU guna Mykad milik KJ? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mendakwa terdapat individu lain cuba menggunakan nombor Mykad dirinya untuk mendaftar  dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut beliau, perkara itu disedarinya  selepas beliau gagal mendaftar maklumat dirinya dalam PADU selepas dikatakan akaunnya telah wujud.

“Baru nak daftar dah kecundang,” tulisnya di media sosial bersama tangkap layar mesej PADU.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu  berkata, beliau  terkejut kerana mendakwa beliau  tidak pernah mendaftar dengan PADU  sebelum ini.

Bagaimanapun, Khairy kemudian berkata, isu itu telah diselesaikan apabila  PADU berjaya set semula log masuk untuk nombor kad pengenalan miliknya.

“Ada orang daftar guna nombor kad pengenalan saya. Identitinya didedahkan di atas talian dan tindakan itu saya tidak pasti bagus atau tidak.

“Dua kesilapan tidak menjadikan sesuatu itu benar. Perkara yang betul untuk dilakukan ialah membuat laporan polis. Bukan dedah maya dan dedahkan maklumat peribadi pihak ini atas talian.

“Perkara itu akan mengundang lebih banyak keraguan pada PADU,” kata  beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta menjelaskan isu berkaitan pendaftaran PADU kepada Kabinet minggu ini.

Anwar berkata penjelasan perlu dibuat susulan kebimbangan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg terhadap sistem itu yang didakwa membimbangkan keselamatan data rakyat.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN