PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytihar 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasa di negeri itu, menimbulkan polemik terhadap sistem perundangan Persekutuan dan negeri. Krisis perundangan itu tercetus selepas pempetisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, 62, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul, 26, berjaya mendapatkan pembatalan undang-undang berkenaan daripada mahkamah tertinggi negara. Panel sembilan hakim diketuai…