Restoran terkenal di Ipoh diserbu, 12 PATI ditangkap - Utusan Malaysia

Restoran terkenal di Ipoh diserbu, 12 PATI ditangkap

OPERASI yang dijalankan Jabatan Imigresen Perak di sebuah restoran terkenal di Ipoh hari ini.- UTUSAN/HSAN JIM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 12 warga asing selepas menyerbu sebuah restoran terkenal dan menjadi tumpuan pengunjung di bandar ini, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JIM Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, 11 lelaki warga Myanmar dan seorang wanita Indonesia itu ditahan dalam operasi bermula pukul 8.15 hingga 9.30 pagi.

Katanya, serbuan itu turut melibatkan sebuah rumah pekerja yang berada di atas premis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkapan terhadap pekerja warga asing itu dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 22 individu.

“Ketika serbuan dibuat, kesemua mereka sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua warga asing itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 kerana tidak memiliki pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Katanya, siasatan juga dijalankan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Pasport 1966.

“Siasatan akan dilaksanakan ke atas majikan dan pemilik premis perniagaan kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di dalam premis mereka.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati terdapat kesalahan kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah,” katanya.

Tambah beliau, pihak JIM berharap orang ramai dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu pihaknya membanteras kebanjiran PATI dalam
negara ini.

“JIM akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk menjalankan pendakwaan di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN