Penghantar barang rogol adik tiri dipenjara 45 tahun, 22 sebatan - Utusan Malaysia

Penghantar barang rogol adik tiri dipenjara 45 tahun, 22 sebatan

PENGHANTAR barang yang didapati bersalah merogol adik tiri menaiki kerusi roda ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penghantar barang dipenjara 45 tahun dan 42 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merogol anak tirinya, tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Othman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 33 tahun didapati bersalah atas lima pertuduhan iaitu empat di bawah Seksyen Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (KK) dan satu di bawah Seksyen 377CA KK.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga keempat, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang ketika kejadian berumur 11 tahun di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus.

Manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan antara Jun sehingga November 2021.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 (3) KK, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 377CA KK.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga secara berasingan.

Bagaimanapun, hukuman penjara bagi pertuduhan keempat dan kelima berjalan serentak dengan bermula tarikh sabitan iaitu hari ini selain dikenakan hanya 24 sebatan maksimum.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Rahman Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN