Paparan LED digodam jadi amaran tingkat keselamatan siber 

Paparan LED digodam jadi amaran tingkat keselamatan siber 

TEO Nie Ching menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk DUN Bukit Permai di Kuil Arulmigu Mariamman, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kejadian sistem paparan lampu diod pemancar cahaya Majlis Perbandaran Kluang (MPK) yang digodam kelmarin menjadi peringatan penting bagi semua jabatan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan siber masing-masing.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersedia untuk menghulurkan bantuan dari segi teknikal, khidmat nasihat dan kepakaran kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, setakat ini, MCMC belum menerima laporan berhubung insiden serangan siber itu mahupun sebarang permintaan rasmi daripada pihak majlis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden yang berlaku disifatkan sebagai satu wake-up call, ia menjadi ruang terbaik untuk memperketatkan serta menambah baik tahap keselamatan siber sebelum terlambat.

“Isu keselamatan siber ini merupakan perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan, ia melibatkan perlindungan data pengguna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Sumbangan Deepavali DUN Bukit Permai di Kuil Arulmigu Mariamman, di sini hari ini.

Kelmarin, tular insiden sistem paparan LED milik MPK digodam oleh pihak ketiga yang memaparkan kandungan lucah.

MPK dalam satu kenyataan mengesahkan sistem paparan LED milik mereka telah mengalami insiden pencerobohan siber.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut sedang dilaksanakan dengan kerjasama pihak vendor bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengambil langkah pemulihan dan memperkukuh tahap keselamatan sistem.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, audit keselamatan siber amat penting bagi semua agensi kerajaan mahupun syarikat swasta.

“Semua pihak diingatkan agar sentiasa memastikan pelaburan yang bersesuaian dibelanjakan untuk keselamatan siber, memandangkan kebergantungan kepada internet, storan awan (cloud), dan perkhidmatan dalam talian kini adalah satu keperluan harian.

“Jangan ingat bahawa penggodam tidak akan hack sistem kita. Sebenarnya risiko ini memang ada dan sangat tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini