Waris harta anak tidak sah taraf
SOALAN
Jika seseorang itu mempunyai anak tidak sah taraf dan dia mengetahuinya. Tetapi dia perlu juga tahu supaya pewarisan harta tidak berbangkit kemudian hari. Saya dalam dilema cara memberitahu kerana bimbangkan risikonya.
Insan insaf
Kempas, Johor
Jawapan
Di dalam kes ini boleh hibahkan atau memberi wasiat tidak lebih daripada 1/3.
Cara qada solat fardu
SOALAN
Bagaimana kita hendak mengira jumlah solat fardu yang tertinggal sebab ingin qada?
Saleem
Bentong
Jawapan
Sekiranya tertinggal solat fardu yang banyak, buatlah kiraan yang lebih berhati-hati iaitu dengan mengira yang lebih banyak disamping memperbanyakkan sedekah dan istighfar.
Memperisterikan ibu tunggal ada anak tidak sah taraf
SOALAN
Saya mahu berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang ada anak. Anak itu saya difahamkan tidak sah taraf. Saya duda tanpa anak. Adakah ada halangan daripada segi syariat dalam keadaan itu sebab latar belakang hidupnya yang ada sisi gelap?
Qalam
Kajang
Jawapan
Tidak ada halangan untuk berkahwin dengan wanita tersebut kerana ia termasuk di dalam melakukan kebaikan. Daripada segi sisi gelap itu, dia perlu bertaubat dan diberi peluang untuk memperbaiki diri dan amalannya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. UTUSAN











