BUKIT MERTAJAM: Padah menakutkan penunggang motosikal lain di atas Jambatan Pulau Pinang, sepasang suami isteri akhirnya didenda sebanyak RM2,500 selepas masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini. Tertuduh, Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50 dan isterinya, Ong Ser Ying, 37, sebelum itu mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit. Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa telah menakutkan dua orang lelaki…