PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Mesir melibatkan perdagangan dan ekonomi sekali gus membawa hubungan diplomatik kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengakhiri perbualan telefon dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi semalam, selepas menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya negara itu. Sehubungan, kedua-dua pemimpin berkenaan menzahirkan komitmen berterusan untuk membantu rakyat di Palestin yang sedang…










