KUALA TERENGGANU : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Kedai Payang di sini kepada satu nama yang lain. Beliau berkata, ini kerana nama Pasar Kedai Payang itu sendiri mempunyai susur galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat di hati rakyat Terengganu. “Apa yang mahu dicapai oleh kerajaan negeri ialah menjadikan Pasar Kedai Payang sebagai ‘pasar utama’…