Kalau anak-anak saya tengok macam mana? - Hisyam Hamid - Utusan Malaysia

Kalau anak-anak saya tengok macam mana? – Hisyam Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hisyam Hamid, 38, menolak untuk melakonkan babak rogol dalam drama atau filem lakonannya.

Kata pelakon asal Singapura ini babak tersebut terlalu sensitif dan negatif untuk dipertontonkan kepada umum.

“Perkara itu (babak rogol) sensitif dan saya kurang senang dengannya. 

“Saya tak kisah berlakon watak jahat tetapi tidak untuk babak rogol.

“Saya ada keluarga dan kena tunjuk contoh yang baik kepada mereka,” katanya ketika ditemui sempena Anugerah Telenovela, baru-baru ini.

Hisyam pada anugerah tersebut memenangi trofi Pesona Telenovela bagi edisi kali ini.

Bapa dua cahaya mata ini juga merasakan tiada keperluan untuk membuka baju atau melakonkan babak-babak lucah dalam filem dan drama lakonannya.

“Saya memang tak gemar lakonkan babak-babak sensitif sejak dulu lagi. Saya akan elakkan. 

“Sebab itu saya tak akan lakonkan babak lucah meskipun penggambarannya tidak menampakkan wajah saya.

“Kalau anak-anak saya tengok macam mana? Tak bagaimana saya nak jelaskan kepada mereka.   Bayarlah sebanyak mana sekalipun, saya tetap tak akan buat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya