Banjir: Kerajaan Terengganu masih teliti laporan kerugian - Utusan Malaysia

Banjir: Kerajaan Terengganu masih teliti laporan kerugian

TENGKU Farok Hussin Tengku Abdul Jalal (dua, kanan) diberi taklimat mengenai kenderaan elektrik di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri masih dalam proses meneliti laporan kerugian akibat banjir daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan di seluruh Terengganu sebelum menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata, setiap kerugian akan dinilai termasuk dalam bidang penternakan, pertanian, kemusnahan dan kerosakan yang berlaku terhadap rumah penduduk serta kehilangan harta benda.

Menurutnya, setiap agensi telah diminta mengemukakan laporan kerugian yang berlaku dalam empat gelombang banjir setakat ini.

“Contohnya baru-baru ini, kerajaan melalui tabung bencana telah memberi peruntukan untuk membina dua kediaman mangsa banjir yang musnah di daerah Kemaman.

“Di Dungun, kawasan paling terjejas teruk ialah Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja kerana mangsa terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) dalam tempoh yang lama kerana rumah mereka tidak boleh diduduki akibat lumpur.

“Hasil gotong-royong yang dilakukan PBT (termasuk sukarelawan), proses pembersihan akhirnya selesai dilakukan dan mereka boleh pulang semula ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang ke siri jelajah pameran kenderaan elektrik (EV) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, bantuan kepada mangsa terjejas banjir akan disalurkan mengikut keperluan semasa.

“Baru-baru ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyumbang RM3.5 juta untuk penyelarasan bantuan banjir di Terengganu.

“Ia akan digunakan untuk baik pulih kerosakan infrastruktur dan kemudahan awam yang terjejas akibat banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya