Sukarelawan Puteri diwujudkan di setiap negeri - Utusan Malaysia

Sukarelawan Puteri diwujudkan di setiap negeri

NURUL Amal Mohd. Fauzi (dua, kanan) menyertai gotong-rotong pada Program Misi Sukarelawan Puteri Malaysia di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pergerakan Puteri UMNO akan mewujudkan sukarelawan Puteri di setiap negeri sebagai persediaan untuk digerakkan membantu rakyat sekiranya ditimpa bencana.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, tugas sukarelawan tersebut bergantung kepada keperluan seperti kejadian banjir pada musim tengkujuh di Pantai Timur.

“Kita dalam proses hidupkan sukarelawan Puteri supaya jika terjadinya banjir atau apa sahaja bencana alam, barisan sukarelawan setiap negeri boleh turun padang dengan segera bantu masyarakat setempat.

“Keahlian Puteri UMNO seluruh Malaysia ketika ini lebih kurang 300,000 orang. Kalau semua digerakkan setiap negeri, tentunya kita akan dapat ringankan beban rakyat dilanda bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Misi Sukarelawan Puteri Malaysia di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, Hulu dekat sini hari ini.

Tambah beliau, pada program itu, kira-kira 150 orang ahli Puteri UMNO Terengganu dan Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergotong-royong membersihkan Bangunan NGO Pengkalan Ajal yang dilanda banjir baru-baru ini.

Katanya lagi, program di Terengganu merupakan kesinambungan misi sukarelawan Puteri turun ke lokasi terjejas banjir selepas di Jeli, Kelantan pada Isnin lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya