Program jualan termurah diperluas - PM - Utusan Malaysia

Program jualan termurah diperluas – PM

ANWAR Ibrahim (kiri) melawat gerai jualan pada Program Jualan Termurah Madani Barang Basah dan Kering di Padang Taman Klebang Restu, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Memahami rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program Jualan Termurah Madani yang menjual barangan basah dan kering, akan diteruskan serta diperluaskan ke seluruh negara.

Kata Anwar, program itu diharap dapat membantu mengurangkan kos hidup rakyat dan beliau sedia menerima sebarang teguran tentang masalah kenaikan harga barang.

“Satu hal yang tidak mudah yang kita lakukan kerana harga pasaran di mana-mana di dunia ini sedang meningkat begitu tinggi yang memberi kesan kepada rakyat.

“Kalau kita cakap pelaburan tinggi, ekonomi baik, orang kata tak juga (kerana) harga barang naik. Saya terima teguran itu. Sebab itu kita cari jalan untuk selesaikan masalah di akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat Program Jualan Termurah itu yang diadakan di padang Taman Klebang Restu, Ipoh di bawah kawasan Parlimen Tambun, di sini hari ini.

Program itu dianjur dan diusahakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada Bersatu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Perdana Menteri memuji program tersebut kerana dapat menjual harga barangan seperti ayam, ikan dan beras lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Saya tengok ikan, ayam dan beras jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kita kena perbanyakan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan terus mencari ikhtiar bagi mencari penyelesaian peningkatan kos sara hidup.

Anwar pada masa sama mengumumkan Syed Abu Hussin Hafiz mengetuai satu daripada kluster atau jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup di bawah Naccol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya