Selangor bina gudang simpan makanan tiga bulan

Selangor bina gudang simpan makanan tiga bulan

Orang ramai membeli keperluan seperti telur di gerai yang dibuka sempena Jualan Termurah Madani peringkat Parlimen Tanjong Karang di Kuala Selangor, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Selangor berhasrat memastikan kestabilan bekalan makanan di negeri ini dengan mewujudkan gudang simpanan makanan khususnya beras untuk tempoh tiga bulan yang sedang dalam pembinaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, simpanan tersebut bertujuan memastikan kesediaan negeri berdepan dengan pelbagai krisis termasuk konflik berlaku di tempat lain yang berisiko memberi impak kepada Selangor.

“Insya-Allah, kalau projek itu lengkap Selangor akan mempunyai keterjaminan makanan antara tiga bulan atau paling lama enam bulan. Maknanya, kalau hadapi peperangan antarabangsa dan beras tidak dapat diimport dan sebagainya, kita masih ada bekalan makanan.

“Jadi, Selangor akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang akan mempunyai daya tahan kerjaminan makanan selama tiga bulan tanpa ganggu gugat daripada mana-mana pihak,” katanya selepas merasmikan ekspo Jualan Termurah Madani di Tanjong Karang, semalam.

Tambahnya, beliau akan melihat keperluan untuk menyimpan makanan lain seperti daging dan sebagainya, namun memerlukan penelitian termasuk ketahanan serta tempoh simpanan bagi mengelak berlaku pembaziran akibat melepasi tarikh luput.

Sementara itu, Amirudin turut mengulas penganjuran Jualan Termurah Madani yang merupakan kali pertama dianjurkan di negeri ini dan akan menggabungkannya dengan Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada masa akan datang.

Menurutnya, penggabungan tersebut untuk mengenal pasti formula terbaik untuk membekalkan barangan tanpa melibatkan tanggungan subsidi yang tinggi namun dapat menjual keperluan harian dengan harga murah.

“Jadi, kalau kita gabungkan dengan Jualan Termurah Madani, tak semua tempat akan jadi macam ini, tetapi di sesetengah tempat paling tidak kita sasar satu parlimen kita dapat buat di sepanjang tahun 2024 termasuk Ramadan nanti, kita tengok kekuatan dan kemampuan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×