Pemukiman bukan untuk kurung Ahli Parlimen - Anwar

Pemukiman bukan untuk kurung Ahli Parlimen – Anwar

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas berakhir program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di Cyberjaya.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa Program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 bertujuan ‘mengurung Ahli Parlimen’.

Perdana Menteri menjelaskan, tidak timbul isu berkenaan sebaliknya ia hanya program membabitkan barisan Jemaah Menteri dan pegawai kanan kerajaan.

“Pemukiman ini sebahagiannya ada menteri dan ada senator dan untuk menjimatkan kos semua menteri diarah tidur di rumah masing-masing. Ini tidak ada isu.

“(Menjawab tuduhan ini) memadai saya minta Ketua Cabang PKR Segambut untuk menjawabnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 di sini hari ini.

Semalam tular rakaman video berdurasi sembilan saat memaparkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendakwa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan dikurung di satu lokasi di Cyberjaya.

Program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024 berlangsung selama dua hari berakhir hari ini yang turut dihadiri Perdana Menteri dan 31 Anggota Jemaah Menteri serta 15 orang jemputan khas yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN