Poay Tiong jadi beban parti, tidak wajar dicalonkan semula

Poay Tiong jadi beban parti, tidak wajar dicalonkan semula

MUHAMMAD Kamil (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Hari Bertemu Komuniti dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Belajar di Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong tidak wajar dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang susulan kenyataan kontroversinya berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu ketika solat Jumaat, disifatkan menyusahkan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama itu boleh menjadi beban kepada parti meskipun Poay Tiong sudah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, kritikan terhadap dasar sesebuah kerajaan negeri boleh dikritik namun sebarang teguran perlu mengambil kira latar belakang dan keadaan sesuatu isu bagi mengelakkan kenyataan yang tidak sensitif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah sebahagian dalam kalangan mereka ini ialah tidak sensitif dan semua perkara hendak dipolitikkan.

“Orang macam ini akhirnya akan menjadi beban kepada kita. Dia lebih baik tidak lagi dicalonkan sebagai calon di Kota Melaka selepas ini kerana menyusahkan kita,” katanya ketika ditemui pada Hari Bertemu Komuniti dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Belajar di Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menghargai permohonan maaf yang dibuat Poay Tiong, namun kesan daripada kenyataan berkenaan sudah berlaku memandangkan isu itu membabitkan perkara sensitif.

Sehubungan itu katanya, kontroversi berkenaan diharap menjadi pengajaran kepada Poay Tiong supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan khususnya berkaitan isu agama.

“Kritikan yang datang bukan daripada orang luar tapi dalam kalangan pemimpin parti sendiri. Beberapa pemimpin mereka sendiri telah menzahirkan kekesalan terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Poay Tiong dikritik hebat selepas mempertikai larangan aktiviti perniagaan atau hiburan pada waktu solat Jumaat yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Sementara itu, seramai 160 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) menerima bantuan pendidikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini