Banjir tidak jejas pelajar duduki SPM - Utusan Malaysia

Banjir tidak jejas pelajar duduki SPM

SEBAHAGIAN daripada calon SPM berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 di negeri ini berjalan lancar meskipun banjir gelombang keempat melanda beberapa daerah sejak Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, seramai 18,494 calon terlibat dengan peperiksaan bertulis SPM di 176 pusat di seluruh negeri.

Menurut beliau, daripada jumlah itu 3,420 adalah calon di Kuala Terengganu, Besut (3,005), Kemaman (2,827), Kuala Nerus (2,615), Dungun (2,284), Marang (1,742), Hulu Terengganu (1,469) dan Setiu (1,130).

Jelani menjelaskan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut di daerah Dungun yang dijadikan pusat pemindahan sementara juga sudah dibuka untuk sesi persekolahan, semalam.

“JPNT turut bersedia dengan pusat peperiksaan alternatif bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir luar jangka sehingga tarikh akhir peperiksaan bertulis iaitu 7 Mac.

“Selain itu kita akan bekerjasama dengan agensi menyelamat seperti pihak bomba sekiranya ada calon terperangkap atau jalan utama ke pusat peperiksaan ditutup akibat banjir,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini, hari ini.

Setakat ini, banjir gelombang keempat hanya berlaku di Hulu Dungun, Dungun tanpa menjejaskan calon SPM.

Jelani memberitahu, seramai 105 calon berkeperluan khas (CBK) di seluruh negeri turut terlibat dengan peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini.

“Calon yang didapati positif Covid-19 pula akan diasingkan di bilik isolasi khas tanpa perlu menjalani SPM sesi kedua atau ketiga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya