1,225 pelajar raih pendapatan RM2.48 juta dalam ProTune - Utusan Malaysia

1,225 pelajar raih pendapatan RM2.48 juta dalam ProTune

ProTune
SUHAIMI Kasdon (tengah) bergambar bersama peserta Konvokesyen Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Selangor di Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar dari 49 buah sekolah menengah di negeri ini berjaya raih pendapatan RM2.48 juta menerusi program usahawan muda di bawah bimbingan Program Tunas Niaga (ProTune) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pencapaian tersebut diraih 1,225 peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima dengan bimbingan 98 guru dalam program berlangsung selama 10 bulan bermula Mac tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan), Suhaimi Kasdon berkata, seramai 29,300 pelajar dan 2,344 guru pembimbing, membabitkan 1,152 syarikat yang berjaya ditubuhkan sejak program tersebut diwujudkan pada tahun 1998.

“Sepanjang 10 bulan program berlangsung bermula dari 8 Mac tahun lepas hingga 10 Januari lalu, peserta diberikan bimbingan serta latihan meliputi pelbagai modul antaranya Kursus Training of Trainers Guru Pembimbing, Kursus Ahli Pengurusan Syarikat Program Tunas Niaga, Bengkel Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat.

“Program ini disifatkan berjaya apabila menerima penyertaan yang  menggalakkan daripada pelajar dan guru pembimbing,” katanya pada Konvokesyen PROTUNe Selangor 2023, semalam.

Beliau menambah program tersebut merupakan kesinambungan legasi ProTune selama 25 tahun dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“PKNS terus komited melaksanakan inisiatif ProTune bagi merancakkan dunia keusahawanan dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar sekolah menerusi  pendedahan, bimbingan dan latihan serta galakan berniaga yang diberi dari peringkat awal ke arah melahirkan usahawan yang berilmu serta berjaya.

“Saya percaya budaya keusahawanan merangkumi nilai serta aspek yang dapat membantu membentuk keperibadian yang positif,” ujarnya.

Katanya lagi, ProTune adalah program anjuran PKNS dengan matlamat untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah bertaraf Bumiputera  dengan keutamaan kepada sekolah luar bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya