Tourism Selangor anjur golf tarik pelancong domestik antarabangsa

Tourism Selangor anjur kejohanan golf tarik pelancong domestik, antarabangsa

PARA peserta bergambar sebelum memulakan Kejohanan Golf Tourism Selangor kali ke-5 di Kelab Golf Seri Selangor, Damansara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 120 pemain yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta pengamal media memeriahkan Kejohanan Golf Tourism Selangor kali ke-5 yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Damansara, baru-baru ini.

Pengurus Jabatan Acara dan Pelancongan Fokus Tourism Selangor, Faroul Mustaffa berkata, matlamat kejohanan itu diadakan adalah bagi meningkatkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Selangor khasnya dan Malaysia umumnya.

“Dengan pengumuman Tahun Melawat Selangor 2025 baru-baru ini, dijangka segmentasi pelancongan sukan akan lebih dipergiat bagi mengekalkan kedudukan Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi oleh pelawat domestik selama dua tahun berturut-turut yang mencecah sehingga lebih 22 Juta pada  2022,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Selain itu, katanya, acara sukan seperti Kejohanan Golf Tourism Selangor yang telah diadakan sejak 2019 membuka peluang bagi memperkukuh hubungan pelbagai pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang awam.

“Selangor juga telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi semenjak tahun 2015 dengan sumbangan sebanyak 23.7 peratus.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada pembangunan infrastruktur, lebuh raya dan fasiliti sukan yang baik serta padang-padang golf di Selangor yang bertaraf antarabangsa,” katanya.

Sejak kejohanan empat tahun lepas, tambah beliau, Tourism Selangor berjaya mengumpulkan lebih 100 orang pemain golf di setiap kejohanan dengan sokongan daripada kelab-kelab golf yang terpilih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya