PPGS tingkat kesedaran autisme melalui Kejohanan Amal Golf

PPGS tingkat kesedaran autisme melalui Kejohanan Amal Golf

ANTARA yang terlibat dalam Kejohanan Amal Golf Fore Autism Sulung 2023 anjuran PPGS dan NASOM di Kelab Golf Negara Subang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 48 peserta bertanding bagi Kejohanan Amal Golf Fore Autism Sulung 2023 anjuran Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Manakala bagi Klinik Golf Fore Autism yang berlangsung di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) anjuran PPGS dan Akademi MYGM pula disertai 10 orang kanak-kanak autisme dari NASOM.

Ketua Pegawai Eksekutif PPGS, Megat Mohd. Shahrin Mohamed Hamdan berkata, Klinik Golf Fore Autism adalah yang pertama di Malaysia dengan inisiatif oleh PPGS di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, dia berharap program yang akan bermula pada awal tahun hadapan ini dapat membantu ramai kanak-kanak autisme bersama ibu bapa mereka, sejajar dengan misi menteri untuk merakyatkan sukan golf.

TENAGA pengajar memberi tunjuk ajar dan teknik pukulan yang betul kepada salah seorang orang kanak-kanak autisme dari NASOM yang merupakan peserta Klinik ‘Golf Fore Autism’.

“Kita mungkin teroka potensi besar daripada satu, dua atau lebih hingga menjadi pemain golf amatur atau profesional elit, kerana permainan golf sesuai dengan kemahiran motor dan intensiti tumpuan mereka.

“Lebih penting lagi, kami berharap anak-anak akan dapat menikmati masa dan faedah daripada ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejohanan Amal Golf Fore Autisme Sulung 2023 merupakan inisiatif PPGS dengan kerjasama NASOM untuk meningkatkan kesedaran tentang ASD dan mempromosikan golf dalam komuniti ASD, terutamanya kanak-kanak dan belia dengan harapan dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan kanak-kanak dan belia ASD melalui golf.

Klinik Golf Fore Autism dijalankan untuk memperkenalkan golf kepada peserta dengan mengajar bukan sahaja kemahiran golf tetapi aktiviti koordinasi mata tangan yang dapat dicapai dengan bantuan jurulatih dari Akademi MYGM, berpusat di KGNS.

Dalam pada itu, Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin berkata, program ini merupakan kerjasama yang baik bersama PPGS agar Malaysia lebih sedar tentang autisme atau ASD.

Katanya, NASOM akan kekal dengan usaha kerjanya tetapi beliau juga berharap sokongan serta inisiatif lanjut pihak KBS dan penaja daripada pihak sektor swasta dapat diteruskan.

“Ini adalah a kerjasama yang baik dengan PPGS untuk program yang indah. Malaysia kini lebih sedar tentang autisme atau Gangguan Spektrum Autisme (ASD) tetapi kita masih perlu terus mendidik masyarakat dan mendapat pendedahan yang lebih besar.

“NASOM akan meneruskan kerjanya tetapi berharap mendapat sokongan lanjut daripada KBS dan penaja daripada pihak sektor swasta,” katanya, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya