‘Pingat emas’ hadiah terakhir buat ayah’

‘Pingat emas hadiah terakhir buat ayah’

ZAIMAN Megat Abu (kanan) menziarahi pusara ayahnya yang meninggal dunia pada Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Katong, Pauh, Arau, Perlis, semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Meskipun terkesan dengan pemergian ayahnya, namun Zaiman Megat Abu lega kerana sempat menggembirakan orang tuanya itu dengan pingat emas acara lompat kijang yang dimenanginya pada Kejohanan Olahraga Pekak Asia-Pasifik Ke-1 di Tehran, Iran baru-baru ini buat.

Bapa Zaiman, Megat Abu Mat Saman,64, yang lebih dua tahun mengalami masalah kesihatan meninggal dunia pada awal pagi Isnin lalu iaitu sehari selepas Utusan Malaysia menemu bual keluarga berkenaan.

Ketika temu bual, bapa Zaiman, dilihat sangat gembira dengan pencapaian anak bongsunya itu yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, kakak Zaiman, Hazalina berkata, arwah bapanya sudah lama sakit dan sebelum menghembus nafas terakhir, ayah sempat melihat kejayaan Zaiman iaitu sesuatu yang cukup diharapkan semasa hayatnya.

Katanya, Zaiman sangat rapat dengan ayah dan menjadi motivasi kepada adiknya itu untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga mereka.

“Masa Zaiman di Iran menyertai Kejohanan Olahraga Pekak Asia-Pasifik, ayah sakit agak teruk namun dia berpesan kepada saya agar tidak memberitahu keadaannya kepada Zaiman.

“Ayah tidak mahu Zaiman susah hati sehingga boleh menjejaskan prestasinya pada masa itu. Malah jika ayah meninggal dunia pada masa itu, dia (ayah) juga menyuruh kami tidak memberitahu Zaiman.

“Apabila ayah sudah pergi, Zaiman agak terkesan namun adiknya itu tetap reda dan lega sempat ‘menghadiahkan’ pingat emas yang dimenangi buat ayah,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan kepayahan hidup Zaiman yang menoreh getah pada waktu pagi dan melakukan pelbagai kerja berat lain bagi menampung kehidupan keluarga yang serba kekurangan.

Namun, berkat usah gigih anak muda berusia 22 tahun itu bersinar di pentas antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara.

Zaiman bersama kakaknya melakukan kerja-kerja menoreh dan pelbagai kerja kampung bagi menampung kehidupan seharian, tambahan pula selepas ayah mereka pada masa itu sudah tidak lagi mampu bekerja dengan hanya berkerusi roda serta terbaring disebabkan masalah kesihatan.

Pada sebelah petang dan malam pula, Zaiman yang mengalami masalah pekak dan bisu itu menumpukan sepenuh tumpuan menjalani latihan lompat kijang dan lompat jauh di bawah kendalian jurulatihnya, Sanusi Zainal Abidin,57, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ahmad di Tambun Tulang di sini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN