Pemandu lori tidak mengaku tuduhan rogol anak kandung - Utusan Malaysia

Pemandu lori tidak mengaku tuduhan rogol anak kandung

SEORANG pemandu didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun pada Oktober lalu. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun pada Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 39 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol anak kandungnya yang mana perhubungan tertuduh tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini, pada pukul 2.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohammad Syafiq tidak menawarkan jaminan susulan hubungan tertuduh dengan mangsa adalah anak dan bapa.

Bagaimanapun, dalam rayuannya, tertuduh memohon diikat jamin pada atas faktor perlu menyara lima anak yang masih bersekolah selain mangsa kini tinggal bersama bekas isterinya di Parit Buntar, Perak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 30 Januari depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya