Orang Melayu mungkin belum melihat keberkesanan kerajaan Perpaduan - Utusan Malaysia

Orang Melayu mungkin belum melihat keberkesanan kerajaan Perpaduan

MOHAMED Khaled Nordin (dua dari kiri) semasa melancarkan Tabung Semarak Siswa Madani di Unimap Kampus Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap UMNO kerana mereka masih belum dapat melihat keberkesanan kerajaan Perpaduan pada waktu ini.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti itu perlu menguruskan soal kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO dalam memastikan ketahanannya dalam politik tanah air.

Katanya, apa yang penting pada waktu ini adalah soal ketahanan UMNO.

“Kita memang tidak menafikan bahawa kita masih perlu mengurus perkara itu (keyakinan orang Melayu).

“Malah, ia juga mungkin berpijak dan berasaskan kepada mungkin (orang Melayu) belum melihat lagi sejauh mana keberkesanan kerajaan Perpaduan ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini.

Beliua mengulas sokongan orang Melayu terhadap UMNO yang dilihat semakin merosot menerusi pelbagai kekalahan yang dialami parti itu pada pilihan raya lalu.

Tambah Mohamed Khaleed, mungkin masih awal untuk rakyat serta orang Melayu menilai secara keseluruhan keberkesanan kerajaan pada waktu ini.

Katanya, mungkin selepas tiga atau empat tahun akan datang ini kepercayaan rakyat akan berubah terhadap kerajaan Perpaduan ini.

“Ini apabila ia dilihat tidak mengancam kedudukan orang Melayu, tidak menggugat agama Islam dan ia menjadi sebagai sebuah kerajaan yang betul-betul dapat ‘deliver’ kepada rakyat.

“Apabila perubahan itu berlaku, maka rakyat terutama orang Melayu akan dapat menerimanya dan kita percaya (segala usaha) yang membawa kepada perubahan maka rakyat Insya-Allah pasti menerimanya.

“Kita doakan perubahan akan berlaku untuk pastikan kita mendukung sebuah kerajaan yang betul membawa kebaikan kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.