MBSP roboh bangsal 'haram' - Utusan Malaysia

MBSP roboh bangsal ‘haram’

ANGGOTA penguat kuasa MBSP merobohkan binaan tanpa kebenaran (BTK) dalam operasi penguatkuasaan di Taman Cengal, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Sebuah bangsal berbumbung terbuka yang dibina tanpa kebenaran di atas longkang dan kaki lima jalan dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu operasi penguatkuasaan di Taman Cengal, di sini, semalam.

Tindakan itu diambil dipercayai pembinaan bangsal haram tersebut menyebabkan kesukaran untuk kerja-kerja pembersihan oleh MBSP serta halangan awam.

Seorang jurucakap MBSP berkata, operasi yang diketuai oleh Jabatan Pematuhan Teknikal dan Dasar MBSP itu turut dibantu oleh beberapa anggota daripada jabatan dalaman MBSP dengan kekuatan keseluruhan anggota seramai 26 orang.

Terdahulu, katanya, MBSP menerima pelbagai aduan mengenai binaan bangsal tanpa kebenaran itu termasuk aduan daripada kalangan orang awam.

“Tindakan penguatkuasaan dengan meruntuh binaan ini telah diambil setelah notis selama 14 hari di bawah Seksyen 46 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang dikeluarkan pada 11 Julai lalu masih belum diambil sebarang tindakan susulan oleh pemiliknya sehingga hari ini (semalam),” kata beliau.

Dalam pada itu, katanya, MBSP menegaskan penduduk tidak dibenarkan untuk membina sebarang binaan tanpa kebenaran atau menyebabkan apa-apa halangan di mana-mana tempat awam.

“Hal ini telah dinyatakan di bawah peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) seperti yang telah digariskan sebelum ini.

“Oleh yang demikian, tindakan tegas akan diambil oleh MBSP terhadap mana-mana pihak yang terlibat tanpa sebarang kompromi,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya