Rumah ‘unik’ tiada permit diroboh pihak berkuasa - Utusan Malaysia

Rumah ‘unik’ tiada permit diroboh pihak berkuasa

Rumah ‘unik’ yang dibina Chen Tianming. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kediaman usang setinggi 10 tingkat yang sekian lama mengingkari notis perobohan dan menjadi tarikan pelancong unik di barat daya China, akhirnya dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh pemiliknya, Chen Tianming, beliau meluangkan masa hampir lapan tahun dan membelanjakan sekitar 200,000 yuan (RM116,563) untuk membinanya.

Beliau mengubah suai rumah banglo batu milik keluarganya menjadi sebuah struktur berbentuk piramid dilengkapi dengan tangga usang dan balkoni.

Keunikan seni bina bangunan tersebut sering kali disamakan oleh media dan pelancong dengan hasil ciptaan fantasi animator terkenal Jepun, Hayao Miyazaki.

Bagaimanapun, Tianming, 43, berkata, pihak berkuasa tempatan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja pada Rabu untuk meruntuhkan struktur berkenaan.

Namun, pihak berkuasa hanya meninggalkan tingkat satu sahaja. Sebelum ini, pegawai tempatan menyatakan  bahawa bangunan tersebut tidak mempunyai permit sah dan berisiko mendatangkan bahaya.

“Saya tidak berasa kesal kerana penyesalan itu tidak memberi apa-apa makna. Saya juga tidak menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankannya. Cuma kuasa yang menggerakkan kemusnahan ini terlalu kuat,” luah Tianming kepada AFP. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN