KEMAS, Yayasan Pahang perkasa pendidikan al-quran

100 TABIKA KEMAS mulakan Program Pra Tahfiz

Program Pra Tahfiz Cilik KEMAS menyasarkan pengenalan dan pendedahan al-Quran kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun sebagai langkah pengisian pendidikan kerohanian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sebanyak 100 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) di bawah Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh
negara menjadi perintis kepada pelaksanaan program Pra Tahfiz Cilik KEMAS mulai tahun 2023.

Program tersebut menyasarkan pengenalan dan pendedahan alQuran kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun sebagai langkah
pengisian pendidikan kerohanian yang dimulakan pada peringkat umur tersebut.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Gabungan Persatuan lnstitusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd. Edrus
Ab. Rahman berkata, program tahfiz cilik itu bukan perkara baharu namun pernah dicetuskan sebelum 2018.

“Pendidikan al-Quran kena bermula dari usia muda kerana asas pendidikan kita adalah al-Quran. Malah, dahulu ibu bapa kita sangat mementingkan pembelajaran al-Quran.

“Di negara kita ada program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), namun cuma sekitar 20 hingga 30 peratus pelajar yang
mengikutinya. Bayangkan masih ada pelajar yang sudah darjah enam pun masih belum pandai baca al-Quran apatah lagi memahaminya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambahnya, program pratahfiz cilik itu merupakan cetusan idea daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah susulan program Jawi, al-Quran, Arab, Fardhu Ain (J-QAF) sebelum
ini.

“Ia adalah program yang tertangguh sejak sebelum2018 dan kembali diteruskan apabila Ahmad Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri pada November lepas bermula dengan perhimpunan hufaz pada Mac lalu seramai 23,000 orang di Masjid Wilayah Persekutuan.

“Di situlah permulaan menggerakkan rancangan pratahfiz cilik daripada Yayasan Pinta dengan memulakan perbincangan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum dilibatkan dengan KEMAS, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) dan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kemudian Ahmad Zahid memberitahu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya menggunakan silibus daripada Yayasan Pahang yang sudah ada 21 tadika yang berjaya melaksanakan pendidikan al-Quran.

“Justeru, KEMAS, Mara, MRSM dan TVET bersama UPSI menjadi pasukan merangka silibus bagi melatih tenaga pengajar sementara pendidikan kepada pelajar pula diambil daripada Yayasan Pahang, maka 100 TABIKAKEMAS menjadi pilot project,” jelasnya.

Dalam pada itu Mohd. Edrus memberitahu, selain pelaksanaan di peringkat TABIKA KEMAS, program itu dijangka diteruskan
ke sekolah kebangsaan dan menengah secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya