Jual getah kepada LGM dan RISDA

Jual getah kepada LGM dan RISDA

Pekebun kecil disaran jual getah kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar mereka boleh terus menikmati pendapatan yang tinggi pada masa akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (Mardec) menyeru pekebun kecil membekalkan getah kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar mereka boleh terus menikmati pendapatan yang tinggi pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Mardec Berhad, Syed Mahdhar Syed Hussain berkata, setiap kilogram getah yang dijual kepada agensi berkenaan melayakkan pekebun memperoleh insentifnya.

Syed Mahdhar Syed Hussain

“Insentif Latex, insentif getah sekerap, RISDA pun ada insentif, apa yang saya cadangkan adalah tolong bekerjasama dengan LGM dan RISDA supaya Mardec dapat lebih getah dan anda mendapat diskaun terbaik dan boleh mendapat pendapatan tinggi.

“Kerja saya adalah untuk mendapatkan premium yang tinggi, jika saya dapat premium terbaik sekurang-kurangnya AS$0.15 sen atau AS$0.20 sen per kilo, berdosa untuk Mardec meminta diskaun daripada pekebun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Hala Tuju Pekebun Kecil Getah Negara (Dasar Komoditi Negara 2021-2030) anjuran RISDA bertajuk ‘Menerokai Peluang dalam usaha meningkatkan permintaan getah asli dalam pasaran domestik dan antarabangsa’ di sini baru-baru ini.

“Kita harus tahu tujuan asal ditubuhkan Mardec ini untuk apa, Saya boleh jadi CEO Mardec sekarang ini, jika anda jual di Mardec saya akan beri harga terbaik dengan minimum diskaun.

“Tetapi jika anda jual kepada orang tengah, saya tidak boleh jamin tentang diskaun itu.

“Apa yang Mardec tidak boleh lakukan adalah membuat pembayaran pendahuluan, Mardec tidak boleh bagi duit dulu dan buat macam kad prabayar kemudian potong daripada harga getah yang dijual, saya tidak boleh buat macam tu,” katanya.

Tambahnya, usaha menambah baik pemasaran perniagaan getah perlu bermula dari peringkat bawah menerusi kaedah pengawalan harga.

“Saya beli dengan harga mahal kena diskaun lagi macam mana nak buat duit, sebab itu saya kena pergi ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Sebab itu saya harap Malaysian Rubber Council (MRC) dapat bantu jual bahan mentah keluaran Malaysia bukan hanya di Asia Tenggara, tetapi meliputi Rusia dan juga Asia Barat kerana setiap pekebun kecil kena bayar” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya