Hotel di Pulau Pinang tingkat SOP pastikan bebas Covid-19 - Utusan Malaysia

Hotel di Pulau Pinang tingkat SOP pastikan bebas Covid-19

TONY GOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kesemua hotel di negeri ini telah meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 terutama kepada kakitangan masing-masing bagi memastikan kawasan hotel bebas daripada risiko jangkitan Covid-19.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Tony Goh berkata, kakitangan hotel digalakkan untuk kembali memakai pelitup muka dan sering mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman seperti mana saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

”Kita tahu masalah Covid-19 ini adalah isu global, jadi kita mesti sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan.

”Kesemua hotel juga telah memperkemas SOP masing-masing yang mana kakitangan hotel telah diminta untuk memakai pelitup muka ketika bertugas dan sering menjaga diri masing-masing agar sentiasa sihat semasa menjalankan tugas,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 22,413 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember lalu, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu berkata, ia mencatatkan peningkatan 29.5 peratus berbanding ME50.

Menurut Tony, kesemua pihak terutama kakitangan hotel menyambut baik langkah pihak pengurusan yang meminta mereka untuk mematuhi SOP berkaitan Covid-19.

”Ini kerana mereka tahu kepentingan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada Covid-19 dan kami juga tidak mahu peristiwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti dahulu berulang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang musim cuti persekolahan serta musim perayaan bulan ini, tempahan hotel di negeri ini meningkat terutama bagi hotel yang terletak di kawasan pantai.

“Bagi hujung minggu, ada hotel di kawasan pantai yang tempahan biliknya mencecah 100 peratus dan bagi hotel di kawasan bandar tempahannya mencecah 80 hingga 90 peratus.

”Kadar tempahan hotel yang meningkat ini satu petunjuk yang baik kepada pihak industri dan kami akan terus menjaga SOP bagi memastikan kawasan persekitaran hotel bebas daripada Covid-19,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya