Mati mengejut: Tempatkan bantuan kecemasan dalam acara sukan

Mati mengejut: Tempatkan bantuan kecemasan dalam acara sukan

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aspek kesedaran tentang jantung terhenti mengejut atau penyakit cardiac arrest perlu dipertingkatkan dan diberi perhatian serius di setiap acara sukan terutama larian marathon.

Ketua ResQ Team Celine Ng berkata, penganjur perlu memastikan sokongan kecemasan disediakan dengan teratur termasuk menerusi kumpulan bantuan kecemasan bergerak seperti medik berbasikal dan pelari pertolongan cemas bertauliah Bantuan Hayat Asas (BLS)

“Sentiasa peka terhadap keadaan pelari dan memberikan respons awal yang pantas apabila bantuan diperlukan. Daripada luka, melecet dan kekejangan otot hinggalah kesukaran bernafas atau rebah, ahli pasukan memberikan bantuan mengikut skop latihan mereka dan segera memaklumkan pusat kawalan perubatan acara apabila rawatan lanjut diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, apabila seseorang pelari memerlukan rawatan perubatan segera, pasukan perubatan ini akan memohon bantuan ambulans melalui sistem komunikasi kecemasan acara, memaklumkan lokasi dan keadaan pelari, serta terus memberikan sokongan sewajarnya sehingga pasukan perubatan mengambil alih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai acara larian Garmin Run di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa dikejarkan menggunakan ambulans swasta ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira pukul 6.52 pagi selepas pengsan ketika menyertai acara itu.

Dalam pada itu, Celine berkata, kumpulan bantuan kecemasan bergerak telah membangunkan sistem perancangan laluan dan penempatan tersendiri yang disokong teknologi bagi mengatur kedudukan ahli dan memperkukuh penyelarasan di sepanjang laluan.

“Tindakan pantas, komunikasi yang jelas dan respons yang diselaraskan merupakan teras tugas pasukan ini. Dengan berada dalam kalangan peserta, ahli pasukan dapat mengesan pelari yang berada dalam kesukaran dan memulakan bantuan sewajarnya sementara sokongan perubatan lanjut sedang digerakkan.

“Paling penting perancangan dibuat dengan mengambil kira laluan dan keperluan operasi setiap acara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini