PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung pemecatan daripada jawatannya atau keahliannya setakat ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Isham berkata, beliau tidak tahu sama ada dirinya dipecat daripada UMNO atau jawatannya sebagai MKT atau kedua-duanya sekali. “Apa yang saya tahu mereka (UMNO) telah keluarkan saya daripada kumpulan WhatsApp Majlis Tertinggi UMNO malam semalam (kelmarin),” katanya menerusi mesej ringkas…










