Bantuan risda lonjak semangat Hattan

Bantuan RISDA lonjak semangat Hattan usahakan depo

Hattan Sudin menerima Anugerah Depo Pemasaran Getah Terbaik pada Karnival Usahawan RISDA (KUR) dan Pelancaran Kempen Tanam Semula (TS++) Peringkat Negeri Perak di Arena Gerik. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Pada usia 71 tahun, Hattan Sudin masih bersemangat mengerah kudrat dalam dunia getah dengan mengendalikan depoh pengumpulan hasil getah di Kampar, Perak.

Apabila bersara, beliau mula terlibat sebagai pekebun kecil pada usia 50-an, dan kini setelah lebih 20 tahun, dia sangat menjiwai perusahaan ini.

Baginya dalam bidang tersebut, usia bukan penghalang lebih-lebih lagi dengan bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang memberi banyak khidmat nasihat, tunjuk ajar dan bantuan kewangan.

Hattan bermula sebagai penoreh getah dan kini turut mengendalikan depoh pengumpulan hasil di kawasannya di Bukit Pekan, Kampar sejak lebih setahun lalu.

“RISDA akan membantu saya untuk menjayakan depoh ini. Pada mulanya getah yang diterima agak kurang, lama-kelamaan sudah bertambah. Pada awalnya saya menoreh getah berdekatan depoh. RISDA banyak membantu saya juga memberi baja dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hattan baru-baru ini menerima Anugerah Depo Pemasaran Getah Terbaik dalam Majlis Karnival Usahawan RISDA (KUR) dan Pelancaran Kempen Tanam Semula (TS++) Peringkat RISDA Negeri Perak Tahun 2023 yang diadakan di sini.

Beliau gembira dengan penganugerahan tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi RISDA, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Di samping mengendalikan depoh tersebut, kudrat dirinya masih lagi mampu menoreh getah dengan pendapatan bulanan boleh mencapai lebih RM2,000 sebulan.

Pekebun kecil itu juga melihat industri getah mempunyai potensi yang besar, ditambah pula dengan komitmen kerajaan yang menyediakan pelbagai bantuan sokongan pendapatan kepada komuniti tersebut.

Beliau sendiri menikmati kelebihan itu apabila RISDA menyediakan bantuan berpanjangan kepada pekebun kecil sebagai peserta tanam semula dengan menyediakan pakej tambahan antara Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dengan nilai RM800 atau RM200 sebulan selama empat bulan.

“Orang muda terutamanya mungkin nampak tidak begitu berminat dengan industri ini. Kebanyakkan yang mengusahakannya mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Namun banyak peluang dan bantuan disediakan sebenarnya yang boleh dinikmati oleh golongan muda” katanya.

RISDA melancarkan inisiatif baharu bernama TSS++ (Tanam Semula Getah ++) merangkumi pelbagai inisiatif termasuklah bidang keusahawanan dan agromakanan bagi menggalakkan usaha penanaman getah dengan peruntukkan berjumlah RM 666.9 juta sepanjang tahun 2023.

Agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ini juga turut berbelanja untuk membangunkan depoh pengumpulan hasil di getah di seluruh negara bagi membentuk rantaian pemasaran kepada pekebun kecil seperti Hattan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya