Thailand laksana polisi baharu tingkat hasil getah

Thailand laksana polisi baharu tingkat hasil getah

Sebahagian daripada peserta yang mengikuti Seminar Hala Tuju Pekebun Kecil Getah Negara di Bangi minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Pengeluar terbesar getah dunia, Thailand kini dalam proses membangunkan peraturan dan polisi penanaman serta penorehan getah yang lebih berkesan di negara itu untuk meningkatkan lagi hasil pengeluarannya.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Pensijilan Ujian Getah, Pihak Berkuasa Getah Thailand, Dr Preprame Tassanakul berkata, untuk itu tiga langkah polisi dilaksanakan mengikut fasa.

Katanya, fasa pertama dijalankan dari 2017 hingga 2021 melibatkan penambahbaikan dan peningkatan produktiviti, menstabilkan harga getah dan menyelesaikan cabaran yang muncul dalam industri.

“Fasa kedua dari 2022 hingga 2026 pula mempergiatkan promosi bagi memasuki pasaran antarabangsa dan fasa ketiga 2027 hingga 2036 fokus untuk mencapai sara diri dalam pengeluaran getah,” katanya pada Seminar Hala Tuju Pekebun Kecil Getah Negara di sini minggu lalu.

Menurutnya, jumlah keluasan hasil tuaian getah negara itu pada tahun 2021 adalah 3.52 juta hektar dengan pengeluaran 3.14 juta tan dan pada tahun 2022, pengeluaran getah adalah 4.75 tan berdasarkan keluasan 3.52 hektar.

Mengulas lanjut, Preprame berkata, beberapa limitasi telah dikenal pasti dalam industri getah Thailand iaitu kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan tenaga buruh, penyakit daun getah, isu pemanasan global dan ketidakstabilan harga getah selain masalah getah yang kurang kualiti.

Namun katanya, negara itu berusaha mengatasi limitasi tersebut dengan memperkukuhkan institusi serta memperkasa penyelidikan dan pembangunan, teknologi serta inovasi dalam meningkatkan produktiviti getah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya